Assalamualaikum dan hai semua yang tengah baca blog aku sekarang ni. If u are searching for pengalaman belajar di MRSM, here is it! Aku merupakan seorang bekas pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab. Ulul Albab? What is that? Jujur aku cakap yang dulu aku pun tak tahu wujudnya MRSM Ulul Albab ni. Aku tahu pun dari kakak aku sebab dia yang tolong isi borang tu untuk aku. 😂
Okay, untuk pengetahuan semua, MRSM Ulul Albab ni ialah MRSM yang ada program tahfiz di mana korang kena hafal 30 juz Al-Quran dalam masa 5 tahun. Dalam Malaysia ni tak banyak pun MRSM Ulul Albab kalau nak dibandingkan dengan MRSM IGCSE. IGCSE tu pebende pulak? IGCSE tu exam international yang korang kene ambik masa korang form 4. Kalau result IGCSE korang gempak, korang dah boleh fly tauu. okay now my main point is mrsm ulul albab. nak masuk mrsm ulul albab ni korang kene lalui interview. salah satunya korang kena hafal ayat-ayat dia bagi dalam masa setengah jam dalam bilik kuarantin then lepas setengah jam tu korang kene tasmik dengan interviewer korang. lepas korang tasmik, dia akan tanya hukum tajwid so siap sedia la ye. kalau zaman aku dulu, ada ujian tulisan jawi, sekarang aku tak tahu. pastu ada ujian komputer untuk uji korang. setakat tu je kot pasal interview.
Next, we moved to kehidupan di MRSM. buat pengetahuan korang, hidup dalam mrsm ulul albab ni sangat-sangatlah penat dan jadual dia sangatlah pack. seriously. but if korang jenis pandai bahagi masa and enjoy the life there, so aku rasa korang takde lah rasa penat sangat. hehe. okay ni jadual aku dulu la.
JADUAL HARIAN
4.30a.m-5.30a.m=bangun pagi and bersiap ke surau.
5.30a.m-7.00a.m=solat subuh berjemaah, tahdir(waktu hafal quran)
7.00a.m-10.30a.m=belajar
10.30a.m-11.00a.m=minum pagi
11-00a.m-1.30p.m=belajar
1.30p.m-2.30p.m=makan tgh hari/solat
2.30p.m-4.30p.m=belajar
4.30p.m-7.00p.m=persiapan kendiri/dinner
7.00p.m-9.00p.m=solat berjemaah/tahdir
9.00p.m-10.45p.m=prep
11.00p.m-11.30p.m=supper
after supper tu ada bacaan al-mulk and pastu light off tapi zaman aku warden tak tekan sangat light off tu thats mean kalau korang nak buat kerja lain still boleh.
so korang rasa pack tak jadual? tapi since sekarang zaman covid korang banyak duduk asrama je especially perempuan so takdela penat sangat but lelaki still wajib pergi surau tau tapi ikut sop. ha gittew. so bagi aku, sepanjang lima tahun aku kat sini, banyak benda aku belajar. salah satunya, korang kalau nak duduk sini, please mental kena kuat and jangan jadi manja sangat. korang jangan la mengharapkan orang lain and belajar untuk berdikari sebab hidup kat mrsm ni lain tau dari sekolah harian. kalau dulu, korang sekolah harian biasa banyak masa free dan cikgu tolong. kalau kat mrsm ni, korang yang kena cari masa tu and korang yang kene cari cikgu. tak faham, tanya. jangan membisu sorang-sorang. kita kalau nak berjaya kena rajin bertanya.
sistem kat mrsm ni guna sistem macam dekat universiti. mrsm ni guna semester dan pointer. if korang lepas 3.5 dan ke atas, korang akan dapat anugerah pengetua. kalau zaman aku, orang yang dapat anugerah pengetua ni kira budak pandaila 😂 tapi kalau korang tak dapat, jangan la sedih... kalau korang gagal sekali tak bermakna korang gagal selamanya. selagi korang ada keinginan untuk berjaya, insya Allah korang dapat capai apa korang nak. yang penting, jangan MALAS.
so untuk makanan pulak. kat mrsm ni makan 5 kali sehari tau. makanan dia sedap gila. memang tak menyesal la kalau korang masuk mrsm ni. mrsm lain aku tak tahu la tapi mostly sedap je. >.< pastu kat mrsm ni semua boleh bawak basic fon which mrsm aku ni memang takde public phone. 😂 smartphone? dilarang sama sekali. kecuali kalau korang berani bawak berani tanggung and yakin tak kantoi sila la.
now aku nak cerita pasal jawatan kat mrsm. jawatan kat mrsm ni kitorang panggil BKP(Badan Berkanun Pelajar) and ada banyak la antaranya Badan Wakil Pelajar(BWP), Lembaga Disiplin Pelajar(LDP), PRS, Ahli Tertinggi Blok(ATB), BADAR, Ahli Lembaga Koperasi(ALK) and ada lagi aku tak ingat. masa zaman aku, form 1 takleh ada jawatan. ada beberapa bkp je boleh tapi sikit je la. oh pastu jawatan paling tinggi dekat mrsm ni ialah BWP which dia yang handle mostly program dekat MRSM ni dan banyak kena berurusan dengan cikgu and orang atas.
okay aku rasa setakat tu je kot cerita aku pasal mrsm ulul albab ni. sekian dari saya ex student mrsm kopu. 😀 anything you can ask me okay.